Selamat Datang ke Mediaunggul Online Store
Selamat Datang ke Mediaunggul Online Store
Frequently Asked Questions
Apa yang dijual di MulaAktif.com?
Kami menjual pakaian sukan ready-made seperti jersey, t-shirt training, seluar sukan, dan pakaian aktif yang selesa dan bergaya. Semua produk kami sedia untuk dibeli terus tanpa perlu tunggu proses tempahan khas.
Di mana saya boleh tengok koleksi Mula Aktif?
Anda boleh lihat semua koleksi kami secara online di laman web ini atau kunjungi stor kami. Klik pada menu “Store” untuk lihat apa yang tersedia.
Saiz apa yang tersedia?
Kami menyediakan pelbagai saiz dari XS hingga 6XL, termasuk saiz kanak-kanak. Sila rujuk carta saiz sebelum membuat pembelian.
Adakah barang sedia dihantar terus?
Ya. Semua barang dalam kategori ready-made akan dihantar dalam masa 1–3 hari bekerja selepas pembayaran diterima.
Adakah saya boleh return jika saiz tidak sesuai?
Untuk item ready-made, penukaran saiz dibenarkan dalam masa 7 hari selepas penerimaan, selagi item masih dalam keadaan asal (belum dipakai atau dibasuh). Kos penghantaran tanggungan pelanggan.
Adakah produk ini dibuat di Sarawak?
Ya. Semua produk Mula Aktif direka dan dikelola dari Sarawak, dengan semangat untuk membina jenama sukan tempatan yang berkualiti dan boleh dibanggakan.
Boleh beli secara borong?
a. Kami ada harga khas untuk pembelian secara borong (minimum kuantiti tertentu). Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Bagaimana cara pembayaran?
Kami menerima pembayaran melalui FPX, kad debit/kredit, eWallet dan online banking. Semua transaksi adalah selamat dan disahkan.
Bagaimana saya boleh tahu status pesanan saya?
Setelah pembelian dibuat, anda akan terima emel pengesahan dan nombor tracking untuk semak status penghantaran.
Bagaimana saya nak hubungi pihak Mula Aktif?
📧 Email: mediaunggul.com@gmail.com
📱 WhatsApp: 0138080519