Kami bermula dengan satu impian sederhana
Menjadikan jenama dari Sarawak dikenali di seluruh dunia
Mula Aktif bukan sekadar jenama pakaian sukan. Ia adalah lambang semangat — semangat untuk terus bergerak, untuk terus percaya, dan untuk buktikan bahawa sesuatu dari Borneo juga mampu berdiri setanding dengan jenama antarabangsa
Kami membayangkan satu hari nanti Mula Aktif akan menjadi penaja kelab bola sepak ternama. Kami mahu buka stor bukan hanya di Sarawak, tapi hingga ke Semenanjung Malaysia dan lebih jauh lagi. Tapi semua itu bermula dengan satu perkara: kualiti dan kami tidak akan kompromi tentang itu
Setiap rekaan, setiap jahitan dan setiap helaian pakaian yang kami hasilkan dibuat dengan harapan satu hari nanti
Nama Mula Aktif akan dibanggakan oleh semua
Kerana kami percaya, kalau nak mula jadi hebat
kena mula aktif